Pages

January 09, 2012

Fakta MENARIK Dalam Video Sabah Tourism : YouTube

Video yang diedit oleh Sabah Tourism ini memang sangat menarik. Banyak info yang kita tidak tahu pasal Sabah semua ada dalam video ni. Sepanjang 15:12 minit ini, mereka berjaya memaparkan 'The Real Sabah' kepada penonton. Terima kasih kepada fan kami di fb, Harold Herbeth yang mengetengahkan video ini. Video-video seperti ini amat penting kerana secara tidak langsung, sektor pelancongan di Sabah akan dikenali di peringkat global. Antara fakta yang menarik dalam video ini ialah :

1. Hutan di Borneo paling tua di dunia, berumur 130 JUTA tahun! Lebih tua 70 juta tahun dari hutan Amazon! (Nah kencang Amazon bah tu selalu masuk TV tapi kalah diorang dari segi umur bukan alang-alang.) 

2. Gunung Kinabalu puncak paling tinggi di Borneo. (dia ada mention pasal ketinggian antara banjaran Himalaya dengan New Guinea tapi tau la English kami ne kampung2 kan jadi x berapa sgt mau translate p melayu ni haha sori2.)

3. Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia, berkeluasan 75 370 HEKTAR! Jika dibandingkan dengan Singapura, Singapura hanya berkeluasan 64 000 hektar (kawasan tanah). 

4. Sabah istimewa dari segi biodiversiti per kawasan (per unit area), Sabah terbaik di Borneo berbanding Kalimantan, Sarawak dan Brunei. Berdasarkan fakta daripada 'National Geographic', flora fauna dalam 10 kilometer per segi hutan di hutan hujan di Sabah lebih banyak daripada flora dan fauna di benua Amerika Utara dan Eropah jika kedua-duanya digabungkan. 

5. Batu karang di sekitar Borneo menjadi pusat biodiversiti marin di seluruh dunia. Maksudnya, batu karang di sini antara yang terbesar dan terbaik serta mengandungi kuantiti spesis hidupan marin yang terbesar di dunia!

6. Gajah terkecil di dunia, Gajah Pigmy boleh ditemui di Sabah. Dan Sukau di kawasan Kinabatangan sangat kaya dengan biodiversiti flora dan fauna di dunia. Di sini kita juga boleh menemui Bayau (proboscis monkey) atau Monyet Belanda sebab hidung monyet ini seakan-akan orang Belanda menurut orang kampung. Kalau kamu perasan, dalam intro video ni, Bayau tu cakap 'Welcome'. =)

7. Sepilok yang ditubuhkan pada 1964, merupakan pusat penjagaan orang utan pertama di dunia. Maliau Basin atau The Lost World terletak di Lembah Danum.

8. Sabah juga terkenal dengan kekayaan pelbagai spesis Orkid, yang mana Taman Negara Kinabalu merupakan pusat bagi Orkid ini tumbuh dengan banyaknya. 

9. Sabah juga merupakan syurga bagi 'bird watcher' atau dalam bahasa kampungnya, 'peninguk burung' sebab bilangan spesis burung di Sabah sangat banyak termasuklah spesis yang sudah tidak kelihatan lagi di semenanjung Malaysia. 

10. Dan sebalik pembangunan yang pesat di KK dan bandar lain, kita masih boleh jumpa adat resam yang masih kekal dengan ciri-ciri nenek moyang terdahulu. Tamu Besar tahunan di Kota Belud dan tamu di Gaya St antara benda wajib yang kita mesti lawat di Sabah. (tengok dia guring penjaram, beliur pula haha)

Setakat ini yang kami boleh ulas. Kalau kami ulas semua, unsur saspens tu tiada la pula haha. Video ni untuk tahun lalu punya. Sama-sama kita tunggu 2012 punya kalau ada. Bahagian dalam video ini amat menarik pada minit 14:17 semasa Mat Salleh tu kena temu bual. Dia cakap Sabah tidak perlu ada taman tema sebab semuanya sudah lengkap di Sabah. Haha sedangkan Mat Salleh sendiri kagum dengan negeri kita, kita mesti hargai apa yang kita ada sekarang. Sebarang komen dan pendapat, boleh komen di sini atau Facebook Page kami. Oh ya, kami secara rasmi ada Twitter 8 Januari tu. Jom follow kami di Twitter, SabahLuv. Apapun, selamat menonton!=) (jika video tidak dapat dimainkan, klik SINI)

6 comments:

  1. oh.. Patutlah cam kenal video ni.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. haha..promote sikit bro..tu la..

    ReplyDelete
  3. ya.. kasi promote sikit..

    sedih juga la teda kuala penyu masuk video ni.. tapi nda pa bha.. ada juga pelancong datang sini dari labuan... yg itu pasti..

    ReplyDelete
  4. haha..jgn sedih bah bro..mana tau yg 2012 punya ada suda masuk..lgi pun ni 15 minit jak kn..pulau 3 mcm teda pla masuk kn?ada ka?

    ReplyDelete
  5. cam teda pulau tiga...

    ReplyDelete
  6. thank you for this post :) (i'm from sabah)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...