December 07, 2012

Selamat Datang ke BLOG Saya!

AMAZING! Hanya itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat rumah ini yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Dibuka untuk lawatan orang ramai pada 1 Feb 2012, 'UpsideDown House' ini akan menjadi ikon Pekan Tamparuli di masa hadapan. Terletak di tepi Jalan Telibong Tamparuli, tidak sukar untuk melawat rumah ini memandangkan lokasinya yang strategik di tepi jalan.  Lokasi Rumah Terbalik 

Untuk info lebih lanjut, anda bolehlah pergi ke Facebook Page AMC di fb/amc.


gambar perempuan

August 16, 2012

myAmazingSabah Sudah Bertukar domain ke SabahLuv.com | Ogos 2012

SabahLuv.com
   Untuk pengetahuan pembaca blog ini, saya telah berpindah ke domain baru kami iaitu SabahLuv.com. Proses pertukaran domain ini ialah pada Ogos 2012.  Jangan lupa untuk melawat blog saya untuk info yang lebih lagi tentang Sabah. =)

February 01, 2012

Rumah Terbalik Pertama di ASIA TENGGARA! : The UPSIDE DOWN HOUSE Only in Borneo.

   
   AMAZING! Hanya itu yang dapat saya gambarkan apabila melihat rumah ini yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Dibuka untuk lawatan orang ramai pada 1 Feb 2012, 'UpsideDown House' ini akan menjadi ikon Pekan Tamparuli di masa hadapan. Terletak di tepi Jalan Telibong Tamparuli, tidak sukar untuk melawat rumah ini memandangkan lokasinya yang strategik di tepi jalan. 

Lokasi Rumah Terbalik
   Harga tiket untuk masuk ke sini ialah : RM18 (non-IC holder), RM10 (IC-holder) promosi 3 bulan pertama, RM5(pelajar sekolah) dan budak berumur bawah 3 tahun boleh masuk percuma.

Setibanya anda disini, anda akan disambut oleh para staf Rumah Terbalik ini, dan sememangnya mereka tidak lokek dengan senyuman.
Gambar dari 'Entrance'
   Selesai membayar tiket, anda akan dibawa masuk ke dalam rumah ini. Seperti biasa,anda akan disuruh ketuk pintu menandakan kedatangan anda. Jangan terkejut sekiranya jika anda masuk, TV dan sofa berada di atas kepala anda! Ruangan yang ada dalam rumah ini spt ruang tamu, beranda, bilik tidur utama, tandas, bilik tidur anak lelaki dan dapur. Apa yang menarik perhatian saya, perabot-perabot yang ada dalam rumah ini semuanya dalam keadaan terbalik. Maaf saya tidak dapat tunggu lama-lama dalam rumah ini kerana berasa pening melihat semuanya yang seakan-akan menunjukkan anda berjalan di siling rumah!

Perhatikan baju yang disidai. Seakan-akan rambut yang dikenakan 'Wax'.
Basikal juga turut 'UpsideDown'
   Selesai anda dibawa meronda ke dalam kawasan rumah, terdapat juga 'Tamu' atau kedai yang menjual cenderamata dan 'Kedai Kopi' untuk anda bersantai mengembalikan anda ke dunia yang sebenar setelah melihat keadaan rumah yang 'Upside Down' ini. 

Tamu atau Kedai Cenderamata.


Antara cenderamata : 'Wood Bookmark'
Rekaan baju juga turut 'UpsideDown'! 
FAKTA MENARIK 'UPSIDEDOWN HOUSE'    
1. Rumah ini mengisahkan tentang kehidupan bahagia keluarga yang berasal dari Kota Belud yang mana mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Ayahnya berasal dari Kota Belud dan berbangsa Dusun Tindal, Emaknya pula berasal daripada Papar dan berbangsa Cina-Kadazan (Sino)  dan anaknya mewarisi darah Dusun dan Cina.

2. Konsep rumah terbalik ini hanya lima sahaja di dunia buat masa ini, dan ini yang kelima. Rumah terbalik yang ini pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 

3. Sebaik anda memasuki rumah, semua barang dan perabot akan kelihatan terbalik. Cuma ada satu sahaja benda yang berada pada kedudukan normal (tidak terbalik). Perhatikan betul-betul jika anda berpeluang ke sini nanti. 

4. Anak lelaki tunggal mereka amat meminati seni pertahanan diri Aikido. Yang menarik, di bilik anak lelaki mereka ada poster Steven Seagel, lagenda Aikido dunia.

5. Perabot yang paling berat di dalam rumah ini ialah MESIN JAHIT iaitu seberat 35kg! 

6. Rumah ini berkonsepkan rumah tempatan terutamanya rumah-rumah di daerah Kota Belud.

7. Anda tidak masuk melalui pintu hadapan tetapi dari ruang tamu rumah. Beranda rumah pula ditutup dengan cermin agar hujan tidak masuk walaupun hakikatnya beranda rumah sebenar 'open air'.

8. Pembukaan 'Grand Opening' rumah ini ialah pada 28 Feb 2012 tetapi sudah mula dibuka untuk lawatan orang ramai pada hari ini (1 Feb 2012). 

9. Bilik tidur utama juga menarik dengan hiasan komputer terbalik! Di bahagian tandas pula, mesin basuh terbalik, di laman rumah pula, kereta Kancil terbalik!

10. Rumah ini dan kawasan sekitarnya dilengkapi CCTV!

11. Tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam rumah, jika mahu, anda mesti membayarnya dengan harga RM100 sekeping!

Perhatikan kereta sorong tersebut.
Tamu, Pejabat, Kedai Kopi dan Tandas.
Kemudahan tandas yang selesa.
Kereta 'Kancil' terbalik.
Gambar dari tepi sebelah garaj.
Amazing!
Lihat Stesen Minyak Shell itu. The UpsideDown House betul-betul terletak di tepi jalan ini. 
   'UpsideDown House' ini dibuka 8 pagi hingga 8 malam setiap hari dan akan dirasmikan pada 28 Feb 2012. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Mr. Kenny Anthonio Jinidu di talian 016 8395736 dan anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka di FB Page mereka (klik sini). Jangan lupa share bersama rakan yang lain.=)        

January 09, 2012

Fakta MENARIK Dalam Video Sabah Tourism : YouTube

Video yang diedit oleh Sabah Tourism ini memang sangat menarik. Banyak info yang kita tidak tahu pasal Sabah semua ada dalam video ni. Sepanjang 15:12 minit ini, mereka berjaya memaparkan 'The Real Sabah' kepada penonton. Terima kasih kepada fan kami di fb, Harold Herbeth yang mengetengahkan video ini. Video-video seperti ini amat penting kerana secara tidak langsung, sektor pelancongan di Sabah akan dikenali di peringkat global. Antara fakta yang menarik dalam video ini ialah :

1. Hutan di Borneo paling tua di dunia, berumur 130 JUTA tahun! Lebih tua 70 juta tahun dari hutan Amazon! (Nah kencang Amazon bah tu selalu masuk TV tapi kalah diorang dari segi umur bukan alang-alang.) 

2. Gunung Kinabalu puncak paling tinggi di Borneo. (dia ada mention pasal ketinggian antara banjaran Himalaya dengan New Guinea tapi tau la English kami ne kampung2 kan jadi x berapa sgt mau translate p melayu ni haha sori2.)

3. Taman Negara Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia, berkeluasan 75 370 HEKTAR! Jika dibandingkan dengan Singapura, Singapura hanya berkeluasan 64 000 hektar (kawasan tanah). 

4. Sabah istimewa dari segi biodiversiti per kawasan (per unit area), Sabah terbaik di Borneo berbanding Kalimantan, Sarawak dan Brunei. Berdasarkan fakta daripada 'National Geographic', flora fauna dalam 10 kilometer per segi hutan di hutan hujan di Sabah lebih banyak daripada flora dan fauna di benua Amerika Utara dan Eropah jika kedua-duanya digabungkan. 

5. Batu karang di sekitar Borneo menjadi pusat biodiversiti marin di seluruh dunia. Maksudnya, batu karang di sini antara yang terbesar dan terbaik serta mengandungi kuantiti spesis hidupan marin yang terbesar di dunia!

6. Gajah terkecil di dunia, Gajah Pigmy boleh ditemui di Sabah. Dan Sukau di kawasan Kinabatangan sangat kaya dengan biodiversiti flora dan fauna di dunia. Di sini kita juga boleh menemui Bayau (proboscis monkey) atau Monyet Belanda sebab hidung monyet ini seakan-akan orang Belanda menurut orang kampung. Kalau kamu perasan, dalam intro video ni, Bayau tu cakap 'Welcome'. =)

7. Sepilok yang ditubuhkan pada 1964, merupakan pusat penjagaan orang utan pertama di dunia. Maliau Basin atau The Lost World terletak di Lembah Danum.

8. Sabah juga terkenal dengan kekayaan pelbagai spesis Orkid, yang mana Taman Negara Kinabalu merupakan pusat bagi Orkid ini tumbuh dengan banyaknya. 

9. Sabah juga merupakan syurga bagi 'bird watcher' atau dalam bahasa kampungnya, 'peninguk burung' sebab bilangan spesis burung di Sabah sangat banyak termasuklah spesis yang sudah tidak kelihatan lagi di semenanjung Malaysia. 

10. Dan sebalik pembangunan yang pesat di KK dan bandar lain, kita masih boleh jumpa adat resam yang masih kekal dengan ciri-ciri nenek moyang terdahulu. Tamu Besar tahunan di Kota Belud dan tamu di Gaya St antara benda wajib yang kita mesti lawat di Sabah. (tengok dia guring penjaram, beliur pula haha)

Setakat ini yang kami boleh ulas. Kalau kami ulas semua, unsur saspens tu tiada la pula haha. Video ni untuk tahun lalu punya. Sama-sama kita tunggu 2012 punya kalau ada. Bahagian dalam video ini amat menarik pada minit 14:17 semasa Mat Salleh tu kena temu bual. Dia cakap Sabah tidak perlu ada taman tema sebab semuanya sudah lengkap di Sabah. Haha sedangkan Mat Salleh sendiri kagum dengan negeri kita, kita mesti hargai apa yang kita ada sekarang. Sebarang komen dan pendapat, boleh komen di sini atau Facebook Page kami. Oh ya, kami secara rasmi ada Twitter 8 Januari tu. Jom follow kami di Twitter, SabahLuv. Apapun, selamat menonton!=) (jika video tidak dapat dimainkan, klik SINI)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...