Pages

January 06, 2012

Atkinson Clock Tower | Menara Jam Atkinson : ANTARA SEJARAH DAN KONTROVERSI

Atkinson Clock Tower : Menara Jam Atkinson.
1. Menara Jam Atkinson ialah antara bangunan tertua yang masih gagah berdiri di sebalik kesibukan bandar Kota Kinabalu sehingga kini. Nama asal bangunan ini ialah Atkinson Clock Tower. Terletak berhampiran dengan Padang Merdeka KK.

2. Dibina pada 1905, tujuan pembinaannya ialah untuk mengenang jasa seorang pentadbir British yang berkhidmat pada masa itu iaitu Francis George Atkinson, yang meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat 'demam borneo'. Menara ini dibina hasil sumbangan keluarga Atkinson dan para pelayar pada masa itu.

Dibina untuk memperingati jasa Francis George Atkinson.  
3. Jalan Istana juga dikenali dengan nama 'Atkinson Drive' sebelum ditukar dengan nama Jalan Istana. Semasa Perang Dunia Kedua,  kedua-dua pihak mengebom dengan teruk Jesselton pada masa itu. Hampir kesemuanya dimusnahkan tetapi hanya menara ini dan dua bangunan yang lain terselamat dan kekal teguh sehingga ke hari ini.

4. Pembinaan menara ini dilakukan oleh tukang kapal. Dibina dengan kayu Merbau tanpa menggunakan sebarang paku. Tinggi menara ini ialah 50 kaki dan tapak menara 6'3" x 6'3". Menara ini menjadi panduan kepada kapal yang ingin berlabuh di Jesselton pada masa itu sehingga 1950an.    

Perhatikan Penanda Arah Angin di atas menara ini. Penanda ini menambahkan ketinggian menara ini.  
5. Menara ini mengalami banyak perubahan sejak dibina. Semasa perang, tembakan dari machine gun telah menyebabkan mekanisme jam menara ini rosak. Namun telah dibaiki oleh Yick Ming Watch Dealers dan sehingga kini, mereka masih meneruskan kerja-kerja pembaikan jam ini dari generasi ke generasi yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa kewujudan jam ini berkait rapat dengan penduduk KK sehingga ke hari ini.

6. Menara ini diubahsuai lagi pada tahun 1959. Bahagian-bahagian kayu yang rosak akibat perubahan cuaca ditukar. Pada 1961, jarum jam ditukar dengan Perspex, yang berwarna hitam berlatar belakangkan warna putih.  

Warisan yang kita perlu jaga untuk tatapan generasi akan datang.
7. Jabatan Penyiaran Radio Sabah dahulunya terletak berhampiran menara jam ini pada 1950an. Warga veteran Sabah mungkin masih ingat dengan bunyi loceng dari jam ini sebelum siaran berita BBC disiarkan di Radio Sabah ada masa itu.

8. Di sebalik kegagahan menara jam ini menongkah arus pemodenan di sekitarnya, menara ini juga tidak terlepas daripada pembangunan. Dikhabarkan bahawa ada pihak pemaju yang ingin memajukan pusat beli-belah 16 tingkat berdekatan dengan menara ini. Namun ramai yang menentang. 



9. Pada kami, kami tidak ingin menimbulkan sebarang kontroversi tetapi biarlah menara ini tetap teguh di bandar KK dan dikhuatiri pembangunan projek itu akan menjejaskan struktur tanah berhampiran. Kami tidak ingin mengupas lanjut mengenai perkara ini. Apapun, kami mengharapkan agar pihak-pihak tersebut dapat memikirkan perkara ini dengan sewajarnya. 

10. Sekian artikel kami untuk tatapan pembaca semua. Harapan kami, dalam kita meneruskan agenda pembangunan, biarlah bangunan ini tetap berdiri untuk tatapan generasi masa hadapan memandangkan kurangnya warisan bersejarah di negeri kita ini. Sebarang pendapat atau pertanyaan, boleh tinggalkan di ruangan komen di bawah dan boleh juga post di Fanpage kami. Kami mengalu-alukan anda untuk share artikel ini untuk tatapan kawan yang lain. Terima Kasih! 


6 comments:

  1. Ada ka tempat ni??x pernah nampak pun...

    ReplyDelete
  2. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  3. anonymous..tempat ni dekat dengan Padang Merdeka. Dekat simpang masuk istana. Susa mau perasan sebab ada semak2 kan..
    emmet..thx bro..!

    ReplyDelete
  4. kelmarin lalu tempat ni...sempat snap tower clock / menara jam ni...

    ReplyDelete
  5. BERPA KOS PUMBINAAN BNGUNAN NI???

    ReplyDelete
  6. BERPA KOS PUMBINAAN BNGUNAN NI???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...