Pages

December 19, 2011

Gunung Kinabalu : Sayang Kinabalu


Gunung Kinabalu

1. GUNUNG KINABALU merupakan gunung tertinggi di Borneo dan keempat tertinggi di kepulauan Melayu. Berketinggian 13.435 kaki (4095 meter), menjadikannya gunung ke 20 tertinggi di dunia. 

2. Gunung Kinabalu agak muda, terbentuk kira-kira 10 juta tahun yang lalu. Terdiri daripada batuan igneus, granodiorite yang telah meresap di sekitar batu-batu sedimen. Semasa Epoch Pleistocene hampir 100 000 tahun yang lalu, gunung ini diliputi glasier.

3. Merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kinabalu. Taman yang berkeluasan 754 kilometer persegi ini ditubuhkan pada 1964 sebagai taman negara pertama di Malaysia ketika itu. Dijadikan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh UNESCO pada tahun 2000. Taman ini menawarkan 'pemandangan yang tidak ternilai' dan dikira sebagai tempat yang paling menawan serta kawasan ekologi yang penting di dunia.

4. Taman Negara Kinabalu mempunyai lebih 5000 spesis tumbuhan dan haiwan, termasuk 326 spesis burung dan lebih 100 spesis mamalia. Ahli Biologi menanggarkan taman ini mempunyai lebih spesis dari yang dinyatakan, berkemungkinan antara 5000 dan 6000 spesis, lebih banyak daripada yang ditemui di Amerika Utara dan Eropah apabila kedua-dua benua ini digabungkan. 

5. Kebanyakan tumbuhan yang ditemui di sini, tidak akan ditemui di kawasan lain di dunia. Orkid saja melebihi 800 spesis, 600 paku pakis termasuk 50 yang hanya boleh dijumpai di sini dan 13 spesis periuk kera karnivor termasuk 5 spesis periuk kera yang hanya boleh dijumpai di taman ini.

6. Biodiversiti yang ditemui di Gunung Kinabalu berkait rapat dengan beberapa faktor utama. Gunung dan pulau Borneo,pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu berapa di satu kawasan yang kaya dengan tumbuhan. Dengan ketinggian hampir 14000 kaki dari paras laut ke puncak, pelbagai tumbuhan boleh dijumpai di setiap paras berdasarkan faktor cuaca, suhu, dan pemendakan. Purata hujan turun setahun ialah 110 inci di atas gunung dan kadangkala salji akan turun di puncak tertinggi. Glasier dan kemarau yang berlaku dahulu memberi kesan terus kepada spesis tumbuhan di sini, menyebabkan pertumbuhan spesis yang berlainan. 


7. Taman Negara Kinabalu juga menjadi habitat kepada orang utan. Spesis ini yang tinggal di pokok sangat berahsia, pemalu dan jarang ditemui. Populasi orang utan dianggarkan sebanyak 50 -1 00 ekor.

8. Tahukah anda, Gunung Kinabalu juga menjadi inspirasi kepada komposer lagu terkenal di Sabah untuk mencipta lagu 'Sayang Kinabalu'. Kimin Mudin dengan video klip lagu itu diambil di sekitar Pekan Kundasang. Lagu ini amat popular sehinggakan setiap rakyat Sabah dan negeri luar akan terpesona dengan bait lirik serta irama dan akan cuba menyanyikan lagu ini bersama-sama walaupun sebelum ini mereka tidak pernah menyanyi satu lagu pun. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...