Pages

December 31, 2011

HYE 2012 : BYE 2011

2012 Kami Datang!
Selamat Tahun Baru 2012! Hai Sabah. Kami dari meja editor myamazingSabah mengucapkan selamat tahun baru dan merry xmas untuk semua. Mesti ramai pergi pantai ni kan buang sial hahaha. Well, kewujudan kami sempena 2012 ni bukan mau menakutkan siapa2. Jangan terpengaruh oleh filem 2012 ar. 

Kami akan menyampaikan segala maklumat berkenaan negeri Sabah kepada kamu untuk pengetahuan bersama. Tapi kami mau tahu pasal minat pembaca kami ni. Jangan lupa take part dalam undian kami di sebelah kanan blog ini k.

Mungkin info yang kami berikan tidak begitu menarik ataupun kurang lengkap, tetapi kami berharap agar pembaca setia kami faham dengan ke'limit'an sumber maklumat kami. Kami akan sedaya upaya membantu ada dengan apa yang kami ada.

Kewujudan kami juga bukanlah bertujuan untuk menyaingi bloggers2 Sabah yang lain. Kalau boleh kami ingin bekerjasama dan saling bantu membantu dalam menjayakan projek kami ini. Sama-sama kita majukan orang Sabah dalam dunia blogging k. 

Buat pengetahuan pembaca, meja editor myamazingSabah amat mengalu-alukan jika ada pemberi maklumat yang sanggup bekerjasama dengan kami. Maklumat-maklumat yang ada di sini masih belum mencukupi untuk tatapan rakyat Sabah dan Malaysia khususnya. Biar kita buat link kita sendiri dengan bloggers2 Sabah yang lain.

Di samping menyampaikan info dan fakta, kami juga akan buat review mengenai brand2 atau benda yang best dekat Sabah untuk tatapan semua. Tapi review itu akan memerlukan masa yang lama untuk diedit. So, sabar-sabar lah ar haha. Maaf jika ada sebarang silap dan salah. Ampunkan kami kalau tercopy paste ka, ter'guna' gambar kamu orang ka,  amatur kan kami. Hahaha.

Follow @KKCity untuk maklumat mengenai KK. @KKCity bagi info pasal bandar KK. Ramai org update pasal KK di sini. Siapa yang ada akaun Twitter tu boleh la follow diorang k.   

Sebarang pertanyaan atau pendapat yang bernas, kamu post jak dekat wall facebook page (klik sini). Atau boleh komen direct di bawah ni. Kalau mau suruh saya buat review pun post dkt fb atau twitter pun ok jg suda. Oh ya, akaun twitter buat masa ini hanya menggunakan akaun saya. Kalau siapa orang KK yang ada Twitter, info kamu boleh dapat di sini (follow @KKCity). Jangan lupa 'LIKE' Facebook 'SAYA SAYANG NEGERI SABAH.' k. Siapa yang mau follow kami amat kami alu-alukan. Lepas ni akan buat review pasal Menara Jam Atkinson . Lu Steadi jak. Ok la. Wa chow dulu. Kbai. 

p/s- JANGAN MOGINUM BERABIS MENTANG2 NEW YEAR HAHAHAHA

December 19, 2011

Gunung Kinabalu : Sayang Kinabalu


Gunung Kinabalu

1. GUNUNG KINABALU merupakan gunung tertinggi di Borneo dan keempat tertinggi di kepulauan Melayu. Berketinggian 13.435 kaki (4095 meter), menjadikannya gunung ke 20 tertinggi di dunia. 

2. Gunung Kinabalu agak muda, terbentuk kira-kira 10 juta tahun yang lalu. Terdiri daripada batuan igneus, granodiorite yang telah meresap di sekitar batu-batu sedimen. Semasa Epoch Pleistocene hampir 100 000 tahun yang lalu, gunung ini diliputi glasier.

3. Merupakan sebahagian daripada Taman Negara Kinabalu. Taman yang berkeluasan 754 kilometer persegi ini ditubuhkan pada 1964 sebagai taman negara pertama di Malaysia ketika itu. Dijadikan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh UNESCO pada tahun 2000. Taman ini menawarkan 'pemandangan yang tidak ternilai' dan dikira sebagai tempat yang paling menawan serta kawasan ekologi yang penting di dunia.

4. Taman Negara Kinabalu mempunyai lebih 5000 spesis tumbuhan dan haiwan, termasuk 326 spesis burung dan lebih 100 spesis mamalia. Ahli Biologi menanggarkan taman ini mempunyai lebih spesis dari yang dinyatakan, berkemungkinan antara 5000 dan 6000 spesis, lebih banyak daripada yang ditemui di Amerika Utara dan Eropah apabila kedua-dua benua ini digabungkan. 

5. Kebanyakan tumbuhan yang ditemui di sini, tidak akan ditemui di kawasan lain di dunia. Orkid saja melebihi 800 spesis, 600 paku pakis termasuk 50 yang hanya boleh dijumpai di sini dan 13 spesis periuk kera karnivor termasuk 5 spesis periuk kera yang hanya boleh dijumpai di taman ini.

6. Biodiversiti yang ditemui di Gunung Kinabalu berkait rapat dengan beberapa faktor utama. Gunung dan pulau Borneo,pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu berapa di satu kawasan yang kaya dengan tumbuhan. Dengan ketinggian hampir 14000 kaki dari paras laut ke puncak, pelbagai tumbuhan boleh dijumpai di setiap paras berdasarkan faktor cuaca, suhu, dan pemendakan. Purata hujan turun setahun ialah 110 inci di atas gunung dan kadangkala salji akan turun di puncak tertinggi. Glasier dan kemarau yang berlaku dahulu memberi kesan terus kepada spesis tumbuhan di sini, menyebabkan pertumbuhan spesis yang berlainan. 


7. Taman Negara Kinabalu juga menjadi habitat kepada orang utan. Spesis ini yang tinggal di pokok sangat berahsia, pemalu dan jarang ditemui. Populasi orang utan dianggarkan sebanyak 50 -1 00 ekor.

8. Tahukah anda, Gunung Kinabalu juga menjadi inspirasi kepada komposer lagu terkenal di Sabah untuk mencipta lagu 'Sayang Kinabalu'. Kimin Mudin dengan video klip lagu itu diambil di sekitar Pekan Kundasang. Lagu ini amat popular sehinggakan setiap rakyat Sabah dan negeri luar akan terpesona dengan bait lirik serta irama dan akan cuba menyanyikan lagu ini bersama-sama walaupun sebelum ini mereka tidak pernah menyanyi satu lagu pun. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...